Saturday, December 18, 2010

Assalamualaikum...

Pertama sekali maaf diminta kerana tangan betul-betul malas nak tulis..
tapi macam biasa disini disertakan link yang sudah saya baca..
Para ulama pun ada yang mengatakan haram dan ada yang tidak mengatakan tidak haram untuk mengucapakan ucapan perayaan kepada penganut agama lain.

Kadang-kadang rasa serba salah juga kalau bila kawan-kawan non-muslim kita mengungkit kerana tidak mengucapakan sempena perayaan mereka..padahal waktu kita sambut Aidil Fitri dulu merakalah yang pertama ucapkan kat kita..

Saya pun kurang tahu macam mana, semoga Allah memberikan petunjuk kepada kita semua untuk lebih memahami dan tidak jahil kepada agama sendiri..amiin..

Thursday, December 16, 2010

Assalamualaikum..

Ukhwah itu sangatlah penting sehinggakan sewaktu Baginda berhijrah ke kota Madinah, Baginda mendahulukan untuk mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Ansar. Hal ini kerana, tanpa satu jalinan ukhwah yang mantap, kita akan mudah sekali digoyahkan walaupun cubaan itu hanyalah sebesar zarah.

Di sini ada satu perkongsian mengenai realiti masyarakat yang membentuk jamaah.

Sering kali juga terdengar ada kes di mana sesama Islam sendiri bergaduh dan mengadu domba kerana merebutkan ahli usrah dan mengklaim teknik menyampaikan dakwah kumpulan mereka sendiri. Tidak sedarkah mereka bahawa semua itu datangnya daripada Allah, kita sebagai hamba-Nya tidak ada hak sama sekali untuk mengklaim ilmu Allah. Tapi Allah lebih mengenal hamba-hamba-Nya.

Sudah pasti terdapat hikmah di dalam setiap apa yang berlaku. Allah juga menciptakan manusia yang berbeza-beza agar mereka saling kenal mengenal di muka bumi ini dan bukannya untuk berkelahi.

Jadi, marilah kita meneguhkan ukhwah kita jalinkan silaturrahim dan berbuat baiklah dengan orang lain walaupun diri kita diperlakukan dengan tidak sepatutnya.

Wednesday, December 15, 2010

Assalamualaikum...

Disini terdapat link yang mungkin dapat kita kongsikan untuk hari ini..

bila terbaca saja apa yang telah dituliskan didalam artikel ini, terasa pulak kat diri nih, selama ini kenapa susah sangat nak sedar yang Al-Quran ini bukanlah suatu bacaan mengisi masa lapang, tetapi merupakan petunjuk kepada kita untuk menjurus kepada individu muslim yang sebenar..

bak cakap kakak yang sangat baik ni, jangan perbodohkan diri sendiri
bila hati dah tahu benda itu salah, cubalah kita mengelakkannya

Moga hari ini lebih baik daripada semalam..amiin..

Tuesday, December 14, 2010

Assalamualaikum....

Anggota badan itu diibaratkan seperti rakyat dan kita diibaratkan sebagai raja atau pemerintahnya, maka semuanya terserah kepada kita bagaimana mahu memerintahkan ' rakyat-rakyat' kita sama ada untuk melalukan maksiat atau melakukan kebaikan

Di akhirat kelak, semua ' rakyat ' ini akan berbicara untuk mengatakan hal yang sebenarnya dah bagaimana pemerintah ini memerintahkannya untuk membuat kebaikan atau keburukan..