Thursday, March 29, 2012

It's Jumuah..yeayyy..

Berhenti sebentar,ucapkan Alhamdulillah...

Alhamdulillah..
Hari Jumaat datang lagi...
Yang merupakan penghulu segala hari..
Hari di mana sentiasa dinantikan bagi kaum Adam untuk mendengar khutbah..
Dan buat yang sudah berkeluarga, mereka berkongsi peringatan yang diberikan ketika khutbah kepada isteri-isteri dan anak-anak mereka..So Sweet..Moga Allah memanjangkan umur kita untuk merasai kemanisan tersebut...


(bestnya lagu nihh..hehehe..cara menyebarkan Islam secara kreatif)

Wednesday, March 28, 2012

Berhenti sejenak,ucapkan Alhamdulillah..

Alhamdulillah...

InsyaAllah perkongsian hari ini juga mengenai sahabat Nabi kita yang sampai sekarang menjadi contoh tauladan dalam semangat juangnya pada Islam..
Berapa ramaikah yang mengenali Ja'Far Bin Abu Thalib yang dikatakan mempunyai bentuk tubuh dan akhlak yang mirip Rasulullah...

Ja'far merupakan pemuda yang gagah,kulit cerah bercahaya, lemah lembut,sopan,penyayang,baik hati, rendah diri dan soleh. Beliau telah banyak mendapat gelaran daripada sahabat-sahabat lain dan juga Rasulullah juga memberikan julukan kepadanya sebagai

"penyantun orang-orang miskin"
" Si bersayap dua di syurga"
" Si burung surga"

wahhhh..begitu banyak gelaran yang diberikan kepada beliau kerana kemuliaan dan segala jiwa raganya telah diserahkan kepada Allah. Beliau digelar sebagai Si bersayap di syurga kerana sewaktu peperangan Mu'tah berlangsung dia merupakan panglima kedua yang syahid setelah Zaid...Semangat perangnya sangat tinggi sehinggakan sewaktu pertempuran dia diibaratkan sebagai satu kumpulan perang melawan beribu-ribu tentera musuh. Beliau mengibas pedangnya tanpa menghiraukan nyawanya....

Tentera romawi dalam perang Mu'tah melihat kemampuan Ja'far lalu mereka mengepungnya dengan begitu ketat. Akhirnya mereka berjaya menebas tangan kanan Ja'far hingga putus. Kemudian panji Islam disambut dengan tangan kiri supaya tidak jatuh ke tanah. Ditebas lagi oleh tentera musuh tangan kirinya sehingga putus. Kemudian dia menyambut panji Islam dengan pangkal tangannya sambil memanggil Abdullah ibnu Rawahah. Beliau syahid sejurus Abdullah mengantiknya sebagai panglima ke tiga.

Walaupun tentera musuh berjaya menebas jasadnya,namun mereka tidak dapat menebas ruhnya yang mulia itu. Nanti di syurga beliau akan dikurniakan dengan sepasang sayap di syurga dan berterbangan di dalam syurga.

Rasulullah pernah bersabda.
" Aku telah melihatnya di surga. Dia mengenakan dua sayap yang masih berlumuran darah, dan bertaburan bintang kehormatan"

Moga kisah sahabat ini menjadi pengajaran buat kita dan memberikan kita suntikan semangat yang lebih untuk berjuang menegakkan panji-panji Islam..InsyaAllah..

(Berhenti sebentar,beriman sejenak)...^_^

Berhenti sejenak,ucapkan Alhamdulillah..

Alhamdulillah..
Sambil-sambil membuka Riyadhus Shalihin tadi maka terjumpalah sebuah hadis yang berbunyi;

Abu Hurairah ra., Abdurrahman bin Sakhr berkata bahwa Rasulullah saw bersabda," Sesungguhnya, Allah tidak melihat tubuh dan rupamu. Akan tetapi,Dia melihat hatimu."( h.r. Muslim)

Jadi hadis ini berkaitan juga dengan perkongsian saya sebelum ini dan pengajaran yang boleh diambil adalah;
1) Pahala suatu amal sesuai dengan niat dan keikhlasan orang yang melakukkannya.
2) Seorang muslim harus memperhatikan kondisi hatinya, dan membersihkannya dari sifat-sifat yang dibenci Allah swt.
3)Perbaiki hati harus lebih diutamakan daripada perbaikan amal atau perbuatan.

Ini sajalah perkongsian buat malam ini...InsyaAllah..

Berhenti sebentar,beriman sejenak...^_^

Tuesday, March 27, 2012

Berhenti sejenak,ucapkan Alhamdulillah..

Alhamdulillah..
InsyaAllah perkongsian pada hari ni adalah untuk mengajak kawan-kawan semua berfikir dan merenungkan betapa Allah itu sangat Adil dan tidak memilih-milih hamba-Nya hanya pada paras rupa tetap memilih mereka berdasarkan kataatan dan ketaqwaan mereka kepada Allah. Ianya disebut di dalam Surah Al-Hujurat,ayat 13.

"Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah adalah yang paling bertakwa"(Al-Hujurat,13)

Haaaaa..tengok kawan-kawan,Allah amat Adil dengan tidak memilih manusia hanya pada paras rupa,harta benda,kekuasaan. Jika pada zaman arab jahiliah dahulu kala,kemuliaan manusia itu dilihat pada betapa besarnya sembahan mereka pada tuhan mereka dan betapa banyaknya harta dan hamba mereka.

Jika kita ditanya mengenai Zaid bin Haritsah,berapa ramaikah yang kenal dengan beliau?
Zaid adalah seorang anak kecik yang pernah menjadi tawanan, dijual sebagai budak, dibeli oleh Khadijah dan dihadiahkan kepada Nabi Muhammad lalu dibebaskan oleh baginda. Islam tidak mengamalkan sistem perhambaan dan mengamalkan sistem penyamaan taraf dalam kehidupan sosial. Kita hanyalah berhambakan pada Allah dan bukan pada manusia.

Kembali semula pada kisah Zaid..Zaid mempunyai tubuh pendek,berkulit coklat dan berhidung pesek. Namun dialah lelaki yang berhati lapang dan berjiwa besar. Kerana itulah ia mendapat tempat tertinggi dalam dakapan Islam dan di hati Rasulullah S.A.W. Hal ini termasukkan sahabat-sahabat Nabi yang lain seperti Bilal,Shuhaib,'Ammar,Khabbab, dan Usamah menjadi megah sebagai orang soleh istimewa dan sebagai penglima perang.

Zaid syahid di dalam perang Mu'tah yang merupakan perang besar dengan pihak romawi untuk menguasai Syam. Rasulullah melantik 3 panglima dalam perang ini kerana semacam sudah tahun apa yang bakal berlaku. Jadi mereka diperintahkan akan menjadi panglima perang secara berturutan; Zaid bin Haritsah,Ja'far bin Abi Thalib dan Abdullah bin Rawahah.

Sebelum mereka berangkat Rasulullah ada berpesan," Kalian harus tunduk kepada Zaid bin Haritsah. Jika ia gugur,pimpinan diambil alih oleh Ja'far bin Abi Thalib dan jika Ja'far juga gugur,maka posisinya diganti oleh Abdullah bin Rawahah. Begitulah ingin menunjukkan bahwa Islam itu amat sistematis dan pentingnya ketua dalam sebuah masyarakat.

Walaupun kekuatan umat Islam amat sikit dan bertempur dengan pasukan romawi berjumlah 200 ribu, mereka tetap tidak gentar kerana dimata mereka telah terbayangkan taman-taman syurga,syahid adalah impian mereka. Akhirnya,ketiga-tiga panglima itu gugur secara berurutan.

Semoga kita boleh mengambil pengajaran daripada kisah para sahabat ini kerana mereka semua medapat didikan awal dari Rasulullah dan kita perlu mencontohi kepimpinan yang telah ditunjukkan oleh Baginda. Moga Allah memperkenankan doa kita semua..ameen....

(Berhenti sebentar,beriman sejenak)..

Berhenti sejenak,ucapkan Alhamdulillah..

Alhamdulillah,setelah sekian lama tidak meng"update" blog ini..akhirnya terbuka jua hati kecil ini untuk menulis, something come across my mind and my heart that maybe by this way,i can share some ideas,give some information to others..btw..sorrylah..awal2 nih xde post2 yang menarik lagi..tapi InsyaAllah..lepas ni akan diperbanykkan lagi..InsyaAllah..