Wednesday, January 12, 2011

Dunia or Akhirat???

Assalamualaikum..

Selamat bertemu kembali...haha..dah lama tak update blog nih sampaikan ada sahabat baik ni cakap suh update blog yang bersawang...lain kali, jangan la datang ziarah saja..tolong la bersihkan jugak sawang-sawang ni..haha

tadi terbaca..modul kat bahagian ilmu penyakit dalam, then mataku terfokus pada satu ayat ni..' tujuan hidup manusia itu ialah menjadi tua tetapi tetap sehat ( healthy aging)

then, barulah terfikir nak update blog ni...
kalu soalan yang sama ditanyakan..Apa tujuan kita hidup? makanya terfikirlah bahawa kalau orang tu ambil bidang kedoktoran or dalam ujian kedoktoran mestilah dia akan menjawab sedemikian rupa..
tapi kalau soalan yang sama ditanyakan kepada orang yang memahami dan menghayati agama Islam, tentulah dia akan menjawab bertujuan sebagai Khalifah di muka bumi ini untuk taat dan patuh pada perintah-Nya..

jelas di sini kelihatan dua jawapan yang berbeza dan sering menjadi tanda tanya bagi orang-orang tertentu.

bayangkanlah jika di masa depan ramai, golongan-golongan doktor ini terdiri dari orang yang memahami agama..maka, tidakkah itu akan menjadi lebih cantik..

so, moral of the story..jadilah seorang doktor muslim yang bukan sahaja mementingkan dunia, tetapi juga mementingkan akhirat.
jika kita hanya mengejar dunia, maka dunialah yang kita dapat tapi kalau kita mengejar kedua-duanya..dua-duanya kita dapat..macam tu ke ayat dia??? saya pun dah tarak ingat ma..

itu sajalah untuk kali ini...
sekian..