Tuesday, March 27, 2012

Berhenti sejenak,ucapkan Alhamdulillah..

Alhamdulillah..
InsyaAllah perkongsian pada hari ni adalah untuk mengajak kawan-kawan semua berfikir dan merenungkan betapa Allah itu sangat Adil dan tidak memilih-milih hamba-Nya hanya pada paras rupa tetap memilih mereka berdasarkan kataatan dan ketaqwaan mereka kepada Allah. Ianya disebut di dalam Surah Al-Hujurat,ayat 13.

"Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah adalah yang paling bertakwa"(Al-Hujurat,13)

Haaaaa..tengok kawan-kawan,Allah amat Adil dengan tidak memilih manusia hanya pada paras rupa,harta benda,kekuasaan. Jika pada zaman arab jahiliah dahulu kala,kemuliaan manusia itu dilihat pada betapa besarnya sembahan mereka pada tuhan mereka dan betapa banyaknya harta dan hamba mereka.

Jika kita ditanya mengenai Zaid bin Haritsah,berapa ramaikah yang kenal dengan beliau?
Zaid adalah seorang anak kecik yang pernah menjadi tawanan, dijual sebagai budak, dibeli oleh Khadijah dan dihadiahkan kepada Nabi Muhammad lalu dibebaskan oleh baginda. Islam tidak mengamalkan sistem perhambaan dan mengamalkan sistem penyamaan taraf dalam kehidupan sosial. Kita hanyalah berhambakan pada Allah dan bukan pada manusia.

Kembali semula pada kisah Zaid..Zaid mempunyai tubuh pendek,berkulit coklat dan berhidung pesek. Namun dialah lelaki yang berhati lapang dan berjiwa besar. Kerana itulah ia mendapat tempat tertinggi dalam dakapan Islam dan di hati Rasulullah S.A.W. Hal ini termasukkan sahabat-sahabat Nabi yang lain seperti Bilal,Shuhaib,'Ammar,Khabbab, dan Usamah menjadi megah sebagai orang soleh istimewa dan sebagai penglima perang.

Zaid syahid di dalam perang Mu'tah yang merupakan perang besar dengan pihak romawi untuk menguasai Syam. Rasulullah melantik 3 panglima dalam perang ini kerana semacam sudah tahun apa yang bakal berlaku. Jadi mereka diperintahkan akan menjadi panglima perang secara berturutan; Zaid bin Haritsah,Ja'far bin Abi Thalib dan Abdullah bin Rawahah.

Sebelum mereka berangkat Rasulullah ada berpesan," Kalian harus tunduk kepada Zaid bin Haritsah. Jika ia gugur,pimpinan diambil alih oleh Ja'far bin Abi Thalib dan jika Ja'far juga gugur,maka posisinya diganti oleh Abdullah bin Rawahah. Begitulah ingin menunjukkan bahwa Islam itu amat sistematis dan pentingnya ketua dalam sebuah masyarakat.

Walaupun kekuatan umat Islam amat sikit dan bertempur dengan pasukan romawi berjumlah 200 ribu, mereka tetap tidak gentar kerana dimata mereka telah terbayangkan taman-taman syurga,syahid adalah impian mereka. Akhirnya,ketiga-tiga panglima itu gugur secara berurutan.

Semoga kita boleh mengambil pengajaran daripada kisah para sahabat ini kerana mereka semua medapat didikan awal dari Rasulullah dan kita perlu mencontohi kepimpinan yang telah ditunjukkan oleh Baginda. Moga Allah memperkenankan doa kita semua..ameen....

(Berhenti sebentar,beriman sejenak)..

2 comments:

  1. saja2 nak tambah..
    tak tahu sangat mengenai perbudakan/hamba dalam Islam tapi..bukan tak pernah ada tapi dengan kedatangan Islam perbudakan makin berkurang dan kini tiada. Syarat perbudakan juga ketat seperti perlu jaga kebajikan mereka, ada perkara2 yang dilarang dilakukan terhadap mereka dll. Hamba dibolehkan buat perjanjian pembebasan (hamba mukatab), wajib dibebaskan sebagai hukum, timbal balik atau kaffarat atas kesalahan tertentu

    ReplyDelete
  2. ohh..terima kasih atas masukkannya..^_^

    ReplyDelete