Wednesday, March 28, 2012

Berhenti sejenak,ucapkan Alhamdulillah..

Alhamdulillah...

InsyaAllah perkongsian hari ini juga mengenai sahabat Nabi kita yang sampai sekarang menjadi contoh tauladan dalam semangat juangnya pada Islam..
Berapa ramaikah yang mengenali Ja'Far Bin Abu Thalib yang dikatakan mempunyai bentuk tubuh dan akhlak yang mirip Rasulullah...

Ja'far merupakan pemuda yang gagah,kulit cerah bercahaya, lemah lembut,sopan,penyayang,baik hati, rendah diri dan soleh. Beliau telah banyak mendapat gelaran daripada sahabat-sahabat lain dan juga Rasulullah juga memberikan julukan kepadanya sebagai

"penyantun orang-orang miskin"
" Si bersayap dua di syurga"
" Si burung surga"

wahhhh..begitu banyak gelaran yang diberikan kepada beliau kerana kemuliaan dan segala jiwa raganya telah diserahkan kepada Allah. Beliau digelar sebagai Si bersayap di syurga kerana sewaktu peperangan Mu'tah berlangsung dia merupakan panglima kedua yang syahid setelah Zaid...Semangat perangnya sangat tinggi sehinggakan sewaktu pertempuran dia diibaratkan sebagai satu kumpulan perang melawan beribu-ribu tentera musuh. Beliau mengibas pedangnya tanpa menghiraukan nyawanya....

Tentera romawi dalam perang Mu'tah melihat kemampuan Ja'far lalu mereka mengepungnya dengan begitu ketat. Akhirnya mereka berjaya menebas tangan kanan Ja'far hingga putus. Kemudian panji Islam disambut dengan tangan kiri supaya tidak jatuh ke tanah. Ditebas lagi oleh tentera musuh tangan kirinya sehingga putus. Kemudian dia menyambut panji Islam dengan pangkal tangannya sambil memanggil Abdullah ibnu Rawahah. Beliau syahid sejurus Abdullah mengantiknya sebagai panglima ke tiga.

Walaupun tentera musuh berjaya menebas jasadnya,namun mereka tidak dapat menebas ruhnya yang mulia itu. Nanti di syurga beliau akan dikurniakan dengan sepasang sayap di syurga dan berterbangan di dalam syurga.

Rasulullah pernah bersabda.
" Aku telah melihatnya di surga. Dia mengenakan dua sayap yang masih berlumuran darah, dan bertaburan bintang kehormatan"

Moga kisah sahabat ini menjadi pengajaran buat kita dan memberikan kita suntikan semangat yang lebih untuk berjuang menegakkan panji-panji Islam..InsyaAllah..

(Berhenti sebentar,beriman sejenak)...^_^

No comments:

Post a Comment