Thursday, December 16, 2010

Assalamualaikum..

Ukhwah itu sangatlah penting sehinggakan sewaktu Baginda berhijrah ke kota Madinah, Baginda mendahulukan untuk mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Ansar. Hal ini kerana, tanpa satu jalinan ukhwah yang mantap, kita akan mudah sekali digoyahkan walaupun cubaan itu hanyalah sebesar zarah.

Di sini ada satu perkongsian mengenai realiti masyarakat yang membentuk jamaah.

Sering kali juga terdengar ada kes di mana sesama Islam sendiri bergaduh dan mengadu domba kerana merebutkan ahli usrah dan mengklaim teknik menyampaikan dakwah kumpulan mereka sendiri. Tidak sedarkah mereka bahawa semua itu datangnya daripada Allah, kita sebagai hamba-Nya tidak ada hak sama sekali untuk mengklaim ilmu Allah. Tapi Allah lebih mengenal hamba-hamba-Nya.

Sudah pasti terdapat hikmah di dalam setiap apa yang berlaku. Allah juga menciptakan manusia yang berbeza-beza agar mereka saling kenal mengenal di muka bumi ini dan bukannya untuk berkelahi.

Jadi, marilah kita meneguhkan ukhwah kita jalinkan silaturrahim dan berbuat baiklah dengan orang lain walaupun diri kita diperlakukan dengan tidak sepatutnya.

No comments:

Post a Comment