Wednesday, February 3, 2010

kepeningan...

Assalamualaikum..
hurm...saje nak singgah blog sendiri jap sebelum saya pergi mandi nanti..hahaha..
ape ea yang nak share dengan korang semua....
ooo...Alhamdulillah..semalam berjaya jugak lawan nafsu untuk pergi taklim kat masjid..
kalu ikutkan hati,memang xnak pergi bab penat sangat..tapi saya kuatkan diri gak untuk pergi..
Rupenye ade hikmah gak saya pergi..banyak gak la yang saya dapat..

Ustaz tu berbincang mengenai tema Al-Quran..
tahu x korang semua..yang kite bace Al-Quran ni bukan hanya untuk dapat pahala..tapi untuk ambil pengajaran daripadanya..
bab itu kita dilarang sama sekali untuk menganggap Al-Quran itu adalah objek untuk menambah pahala atau hanya sekadar dibaca untuk ikut2 orang jew...

Al-Quran ini perlulah difahami agar kita tahu ape yang ingin disampaikan oleh Allah kepada HambaNya..

Apakah garis-garis besar Al-Quran itu?
secara umumnya Al-Quran ada 7 gagasan tema utamanya iaitu..

Meluruskan akidah dan kepercayaan umat manusia..

Menetapkan kemuliaan manusia dan hak-haknya...

Beribadah kepada Allah dan bertaqwa kepadaNya..

Membersihkan jiwa manusia...

Pembentukan keluarga dan berlaku adil pada kaum wanita...

Membentuk umat yang menjadi saksi(bukti) bagi manusia..

Mengajak,membangun kehidupan manusia dengan semangat tolong-menolong..

kita sering dimarahi apabila tersalah membaca Al-Quran dan tidak pula dimarahi apabila gagal mengenali atau memahami isi kandungan Al-Quran itu sendiri..
kerana itulah..selalu sahaja kita lihat dalam masyarakat sekarang ada yang sudah menghafal Al-Quran dan boleh membaca dengan lancar sekali tetapi tetap juga berbuat maksiat...

marilah kita sama-sama muhasabah diri untuk lebih mengenal Al-Quran yang sampai sekarang ingin dimusnahkan oleh orang kafir kerana kekuatan Islam itu juga terletak kepada Al-Quran yang dipegang oleh umat Nabi Muhammad dari dahulu sampai sekarang..

Al-Quran Itu adalah untuk:
Dibaca
Difahami
Dihafal
Diamalkan
Didakwahkan..

perkongsian ini adalah pesanan buat diri saya sendiri dan teman-teman semua..
jika ada sebarang kemushkilan atau kekeliruan boleh sahaja menegur atau memberi komen ada..
sekian sahaja..nak gi mandi jap..hahaha
Moga Dipermudahkan Allah dalam urusanmu..amiin..

No comments:

Post a Comment