Tuesday, October 27, 2009

kunci kejayaan.

Kadang-kala, di dalam perjalanan hidup yang berliku mengejar cita-cita, ada sahaja halangan dan dugaan yang mendatang. Diri mula terasa lemah, jiwa mula terasa gelisah, hati tidak tenang, fikiran menjadi tidak tentu arah. Namun, itu semua harus dilalui, kerana matlamat akhir, iaitu kejayaan yang ingin dimiliki.

Diri ditarbiah, dimotivasikan untuk mendapatkan kembali semangat baru untuk bergerak maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Kegagalan silam dijadikan kunci kejayaan yang mendatang. Tetapi, mampukah semangat ini terus dinyalakan di dalam diri? Agar tidak padam seperti dahulu tatkala diri ditimpa dugaan sekali lagi.

Ingatlah, jangan sesekali berputus asa. Jangan sesekali mensabotaj diri sendiri dengan mengatakan bahawa diri tidak mampu mengharungi dugaan-dugaan itu. Ingatlah, Allah S.W.T. tidak menurunkan sesuatu dugaan itu kepada hamba-hambanya jika hamba-hambanya tidak mampu menghadapinya. Antara salah satu kaedah atau tindakan yang boleh diambil untuk terus menyemarakkan api perjuangan di dalam diri adalah, dengan menjadi seorang insan yang istiqamah. “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah, kemudian,mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tiada (pula) berduka cita.” ( Surah Al-Ahqaaf: 13)

Latih diri dalam menjadi seorang yang insan yang istiqamah dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Kenali diri, sayangi diri, dan letakkan matlamat jangka panjang. Antara cara-cara yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan diri seorang insan yang istiqamah dan secara tidak langsung, lebih berjaya dan disayangi yang Maha Esa adalah:

1) Menjaga hubungan dengan Allah S.W.T
Jagalah ibadat-ibadat wajib dan seelok-eloknya, perbanyakkanlah ibadat-ibadat sunat.

2) Masukkan matlamat di dalam doa
Mohonlah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar.

3) Mulakanlah pekerjaan dengan berdoa
Bagi yang masih belajar,mulakan belajar dengan berdoa dan seelok-eloknya, duduk
menghadap ke arah kiblat.

4) Berterusan dalam mencari ilmu
Hal ini kerana, ianya dapat memberi semangat kepada diri untuk terus berusaha.

5) Amalkanlah perkara-perkara yang dapat menarik hidayah Allah S.W.T
Contohnya, solat berjemaah, membaca Al-Quran dan saling memaafkan serta kasih-mengasihi
sesama manusia.

6) Kenali diri
Ubah sikap-sikap yang negatif kepada positif.

7) Menolong insan lain untuk berjaya
InsyaAllah, Allah akan pula menolong kita untuk berjaya. Allah akan menolong hamba-
hambanya selagi mana hamba-hambanya menolong antara satu sama lain.

8) Iklankan matlamat
Tampal atau tulis matlamat tersebut dipapan kenyataan tempat belajar kita, agar dapat
dibaca selalu, seterusnya dapat mengingatkan diri dan memberi semangat untuk kita terus
berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.

Allah sayang akan hamba-hambanya yang istiqamah di dalam pekerjaan. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. “ Katakanlah, hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..” (Surah Al-Zumar:53)

Berusaha sebaik mungkin dan kemudian bertawakallah kepada-Nya. Istiqamah dalam pekerjaan dan berjuanglah selagi masih ada peluang yang diberikan. Kuatkan semangat. Apa yang penting usaha dan tawakal, insyaAllah kejayaan yang dicari-cari selama ini mampu dimiliki. Renungkanlah...

hanakimi..

hari ini ak baru hbis tgk cite hanakimi...
hurm...
ashiya mizuki dlam cite ni cam same jew dgn ak..
rase sedih bila buat org lain rase sedih..
gembira bila tgk org lain gembira..
ak rase setiap ape yg ak buat ade kaitan jew dgn kwn2 lain..
aku nk jadi cam mizuki tuh..
ade bila org lain perlukan kite..
sentiasa tahu bila kwn ade mslah..
tp aku hnya insan biasa..tidak bisa merasakan aura org lain..
ak hanya mengharapkan keikhlasan kwn utk berkongsi msalah mereka..


dalam hidup ini samalah seperti angin....
di suatu masa dahulu di KTT..aku selalu mndaki bukit di situ seorg dri..
aku rindukan keadaan berbaring diatas batu yg ibarat tilam yg empuk..hahaha..
hembusan angin yang ibarat seperti aku terbang..(walaupun xpenah terbang)..
aku rindukan angin yang menyapaku di saat aku keseorangan...
Angin...kau bisa datang dan pergi..
memberikan kebahgiaan dengan menenagkan org yg kepnasan..
mengembirakan kanak2 yg bermain lelayang..
ditunggu2 pelaut di zaman silam..
kedatanganmu memberi kebahagiaan kepada org yang kesunyian..
namun suatu masa..kau akan menyebabkan org lain menderita..
membuatkan nelayan kesedihan kerana terlampau kuat..
Namun....semua akan gembira kembali bila kau bersederhana..


Bintang..kau menemaniku di saat ak kesepian..
kau hilang dalam kegelpan malam yang hujan..
namun aku tahu kau sentiasa ada bersamaku..
menemaniku di saat kesedihan..dari kecik sampai dewasa..
dan mungkin selama-lamanya..
di saat aku kesedihan, aku melihatmu..
di saat aku memerlukan seseorang..kau datang kepadaku dengan chayamu yang berkilau..
di saat siang datang..kau bersembunyi sebentar kerana matahari datang..
baiknya sifatmu..
Syukur kepada Allah yg Menciptakanmu..
ciptaan Allah memg tiada tandinginnya..


buat semua sahabatku..ingatlah YOu Will NeVer Walk AloNe..
ReMemBer You aRe AlwaYs in My HeArt...

buat teman yang selalu stress dan berduka..
try to look at the sky and find your own answer..
I always WaiTing You at There..

buat si toing3..
cerialah selalu..yakin dengan ape jua keputusan yang kamu buat..
tekad dengan pendirianmu..
If You HApy, I alSo Will HaPy..
Will NeVer let PeoPle maKe You sAd..
hahaha...

buat temanku dengan Prinsip Hidup..
berbahagialah dengan prinsipmu..
walaupun seberat manapun dugaan yg dtang..
Kuatlah untuk Hadapinya kerana ianya Ujian Drp Allah Yang Esa..
yang tahu kamu boleh hadapinya..
kerna itu Ujian diberi kepdamu..

buat teman diawangan..
kau ibarat layang2 di awangan..
terbang di langit yang luas..
miskipun kau hanya kecil..
kau bisa berada di langit yang luas..
terbang tinggi sampaikan tidak bisa ditarik ke bawah..
teruslah trbang setinggi-tingginya kerana kamu akan jumpa..
jwapan yg menunggu di sana..

nukilan...
si sakit yang xmau makan ubat..hahaha..
You'll NeVer Know How High You Can Fly...
UnLess You SpRead YoUr WinGs and Fly...

Sunday, October 11, 2009

layan kew x?

huhuhu..
sedihnye....xtau knape..fikiran bercelaru..
xtau ak fikir ape....
knape org dtg n pergi dlm hdup kite..
knape ak rse cam org ni ckap ak teruk?
knape ak rse dlm hati yg ak x patut pun sibuk hal org..
pdhal..ak ade..................


seglanye sush utk ak tulis dgn kate2..
smua ni berlaku mst ade hikmah..
mungkin ini ujian drp Allah..n mungkin juga Balasan dri Allah kat ak..
YA Allah..
tolglah ak...
ak perlukan kekuatanMU...




pokoknye..ak memg sedih..
kwn2 xde..yg betul2 fham..
ak harapkan ade tmpat nk mengadu..
fmly?x..
kwn?entah la..


Ya Allah hanya kpdaMu ak mengadu..
memohon ampunMU..
sedarkan ak dri kelalaiyan dunia ini..
keluarkan ak dri jerat Syaitan..
tlglah ak..

hurm..
ape ak nk buat ni..
need to dekatkan dri dgn Allah..
need to ingat Allah selalu..
need to Sayang kat Allah..
itulah yg sepatutnye ak buat..
tp..
smua yg ak lakukan bertentangan..

TOLONG!!!!!!
AKU XMAU KNE SEKSA NNT!!!!!!!!!


Friday, October 9, 2009



exam..emosi...empati....empty...evolution..

Assalamualaikum...hurm..ketemu kembali...
ni adelah minggu yang paling pnat kot..
dah brape hri x tdo..
duk fikir mslh jew...exam lg..
btul la org kate..stdy medik ni bnyak gler main emosi..
bub 2 doc xleh stres..
klu x nnt pasien juga jd mangsa...
hahaha..
x tau la blog ak ni ade org bce kew x..tp just tulis jew..




ak dah kehlangan seorg akak angkat..huhu..
alasan?
sebab dia rase terbuang..ak xde mse nak lyan dia..
Ya Allah..ak terpaksa redha jew bab nk sesuatu yg berharga..kne lah ade..
pengorbanan yg besar gak kan..
ish3,..
nsb baik blh stdy lg lpas akak 2 ckap cam 2,,..
klu x..xtau la cam ne exm nnt..
hahaha..


yg teruknye..akulah..
bab ak pun nangis gak..nak buat cam ne..
memg senstf sngt2..
kdang2 org gurau pun ak blh nangis gak..
hahaha..teruk kan..
tp nak buat cam ne..
it me..
ak penat smpai tertdo cam 2 jew..
hahaha..
teruk2..
kdang2 tdo atas laptop..kdang2 tdo kat kdai mkn..
hurm..tmpat pling best tdo kat...umah malaysia la..hahaha..



Wednesday, September 23, 2009

renungkan...

Assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin pernah mengalami masalah tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh ketua dengan baik. Cuba anda semak kembali apakah faktor-faktor yang menjadi punca masalah anda itu, semoga dengan ini anda dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah anda itu.

1. Terlalu banyak gangguan
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, antara gangguan yang sering berlaku di tempat kerja ialah mesyuarat yang tak dirancang, panggilan telefon, suasana bising dan sebagainya.

2. Anda tidak mempunyai sumber yang lengkap.
Seumpama tukang masak yang memerlukan sudip dan kelengkapan memasak yang lain, begitu jugalah dengan pekerja yang memerlukan maklumat dan kelengkapan kerja seperti komputer dan data-data yang diperlukan untuk menghasilkan kerja yang memuaskan dan tepat pada masanya.

3. Anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan.
Menurut Clayton Warholm, seorang pakar di dalam komunikasi di tempat kerja, terdapat dua punca pekerja tidak mahir dalam melakukan kerja mereka. Samada tugasan yang diberikan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh ketua ( tidak tahu apa hendak dibuat) ataupun pekerja itu tidak dilatih dengan baik ( anda tidak tahu bagaimana untuk melakukannya).

4. Anda mempunyai terlalu banyak tugasan
Sesetengah orang mempunyai terlalu banyak kerja yang tidak mungkin dapat disiapkan walaupun terpaksa bekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Perkara ini biasa berlaku dalam mana-mana organisasi yang mempunyai pekerja yang sedikit. Akibatnya, kekecewaan akan berlaku apabila anda tidak dapat menyiapkan tugas kerana tidak mungkin akan dapat melakukannya.

5. Anda tiada kemahiran menguruskan masa.
Pekerja yang mempunyai kemahiran ini melakukan apa yang paling penting tetapi sebaliknya pula bagi yang lemah pengurusan masanya melakukan apa yang dilihatnya senang dan menyeronokkan.

6. Anda seorang yang suka bertangguh.
Kenapa harus menunggu esok jika perkara itu boleh dilakukan hari ini? Anda mungkin menangguhkan sesuatu kerja itu kerana anda khuatir hasil kerja anda itu tidak memuaskan hati. Sebagai contoh, sekiranya anda takutkan kegagalan dan khuatir akan menghasilkan kerja yang kurang bagus, maka anda akan membuka peluang untuk anda mengelak daripada melakukan apa-apa. Walaupun anda sebolehnya inginkan kesempurnaan dalam setiap hasil tugas yang anda lakukan, tetapi bos ataupun client anda lebih melihat kepada kerja yang kurang sempurna daripada anda tidak melakukan langsung kerja tersebut.

7. Anda rasa tidak dihargai
Sekiranya anda merasakan diri anda tidak dihargai ataupun anda memperolehi gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang anda lakukan, maka anda mungkin tidak dapat memberikan 100% komitmen dalam kerjaya yang anda ceburi. Secara sedar ataupun tidak kebanyakan pekerja cuba untuk menyeimbangkan antara ‘memberi dan diberi’ antara mereka dan majikan. Mereka akan melakukan kerja berdasarkan kepuasan hati mereka terhadap majikan. Pekerja yang merasakan mereka tidak dihargai akan menjadi kurang berusaha, kerap mengambil cuti, cuai dan sebagainya.

8. Keutamaan syarikat yang bertukar-tukar.
Anda sedang menyiapkan projek A, tetapi tiba-tiba majikan anda mengarahkan supaya anda meninggalkan seketika projek A tersebut dan memberikan tumpuan kepada projek B. Apabila perkara ini berlaku, anda akan berfikir bahawa anda tidak menyelesaikan tugas anda, tetapi majikan anda berfikir sebaliknya. Setengah orang adalah flexible dan senang untuk serasi dengan arahan yang baru dan teruja untuk melakukan tugas yang baru tetapi ada juga sesetengah orang yang akan merasa kecewa apabila tidak dapat menyiapkan sesuatu projek. Jika anda adalah orang yang kedua seperti disebutkan tadi dan bekerja di dalam industri yang sepanjang masa akan berlaku perubahan, maka anda perlu mempertimbangkan untuk menukar kerjaya anda.

9. Anda ‘Burned out’
Merujuk kepada website American Psychological Association, burnout ialah keletihan emosi yang disebabkan oleh tekanan yang teruk di tempat kerja. Ia mungkin kerana suasana tempat kerja yang negatif seperti
pekerjanya sering bermusuh antara satu sama lain, tertekan dengan deadline yang ketat, jangkaan dan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu perkara, kerisauan dan melakukan kerja yang tidak sepadan dengan kemampuan. Kesemua ini adalah antara sebab dan punca berlakunya tekanan jantung dan sakit-sakit yang lain.

10. Ganjaran bagi tugasan yang telah anda siapkan.
Anda mungkin seorang yang hebat kerana dapat menyiapkan tugas sebelum ataupun tepat pada masanya. Namun peliknya, kebanyakan organisasi menghadiahkan pekerja yang rajin dan bekerja keras itu dengan tambahan kerja yang lebih banyak menggantikan bonus atau faedah yang lain. Sekiranya perkara ini berlaku di dalam organisasi anda, tidak mustahil anda akan merasakan tidak termotivasi untuk bekerja dengan lebih keras.

Monday, September 21, 2009

2 Hari di haRi raYa..

wah...
hri ni pun hapy gak..bub kitaorg ade jamuan raye..
yg senior2 yg baik anjurkan..
hri ni hapy sangt2..
bab bnyak prkara gak la brlaku..
ade gak yg sedihnye..
tp fik cite yg hapy dlu la..
haha...

hri ni fik dpat tlg senior msak..tringat blik suasana kat umah..
bub kat umah..klu akak msak mst fik pn kne prg gak..
haha..
kat umah abg akmal 2 ade kak ros,kak fadh,kak enap n kak...xingat name..
hehe..

hapy dpt tlg diaorg..
hapy gak bab fik dpat susn kek lpis...cantik la gak smpai org ingat bnda 2 alas kaki..
haha..
lwak2...
siap kne pjak lg 2..
hehe..
sape la 2 mkn bkas kne pjak 2..
tp xde ape2 lah bab ade lapik kn..

fik gak potong tulg ayam,,,
emm..
best gak bab dpat praktik skil msak ni..
haha..xde la pndai sngt pn msak..
tp kan..fik pnye la lpar..dri pg smpai ptg xmkn lg..
pas 2 kak enap ajk mkn nasi..
ape lg..trima jew la...best2,,..wlaupn xde lauk..

mlm 2..
ade jamuan..
bnyak sngat2 fik mkn..
bab lapar..hehe..

lpas 2..ade ucpan oleh kak siti yg tgas..
fuhh..
kagum gak dgn dia bab brani n tegas cam 2..
sampai laki pn duk diam jew khusyuk dgr..(pdaahal takut)..
haha..


nk dkat hbis 2..
ade kwn2 bg bnga ape..
suka2..best jew..
lpas 2 main dgn kwn fik yg baik 2..
sory la gmbr xde..
pokoknye memg hapy la bub rse cam bdk2 blik..
haha..
cam bdk2 jew saye kan...