Monday, November 30, 2009

Rindu Tomyam lagi!!!!!!!!!

cube bayangkan..disaat dirimu yang pekat dan berasap itu masuk ke dalam mulutmu dan menyentuh laintai lidahmu..ianya dapat memberikan rasa kenikmatan dan terasa terbang di awan-awangan....tiada siapa bisa mengeluarkanku dari merasai kenikmatan dirimu...
engkaulah favorite ku..kalau aku mendapatkanmu saja pun dah cukup dah..tidak perlu nasi ataupun benda lain..tapi apabila digabungkan dengan benda itu yang lembut itu...wah..tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..

setiap hari ku terbayangkanmu..kelihatan kau berasap-asap di dalam bekas yang cantik...dirimu dihiasi dengan warna-warna perhiasan dan juga kemasan yang sangat mantap bila digandingkan..kelihatan dari luar dirimu mampu menaikkan selera kepada sesiapa sahaja yang sentiasa memginginkanmu sepertiku..disaat bibirku menyentuh dirimu,jantungku seperti berhenti daripada berdenyut kerana kepanasanmu membuatkanku teragak-agak untuk menyentuhmu..

namun kerana kerinduanku yang memuncak kepadamu,aku mendekatimu dengan tanpa rase takut akan mudarat yang akan ditanggung olehku..kerana aku sangat cinta padamu..
datanglah kepadaku..
kaulah sumber kekuatan didalam hidupku..
Kaulah kekasihku..TomYam..
hahahha..tomyam memang sedap bila dimakan panas-panas...

No comments:

Post a Comment